Wednesday, 30 November 2016

Fiqh Ibadat

SOLAT (SEMBAHYANG)

1      Mukadimah

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam yang telah berfirman dalam kitab-Nya yang nyata. Selawat dan salam ke atas Penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w Rasul yang bersifat amanah, ketua golongan masyur lagi mempunyai keberkatan.
Secara istilah syariat adalah beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan ucapan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan Takbir dan ditutup dengan Salam. Perkara wajibnya solat 5 waktu dalam sehari-semalam adalah sebuah perkara yang maklum yakni sebuah permasalah yang sudah diketahui secara umum oleh setiap Muslim.
Solat memiliki kedudukan yang tinggi dalam Islam. Solat adalah tiang agama. Solat adalah yang pertama akan dihisab di hari kiamat. Solat adalah wasiat terakhir dari Rasullullah s.a.w sebelum wafatnya. Solat adalah ikatan terakhir yang terlepas dari seorang hamba, jika terlepas, maka hilanglah sudah agamanya.










2      Syariat dan Dalil-Dalil Mengenai Solat

Solat merupakan ibadah yang menghubungkan seseorang hamba dengan Allah S.W.T., membuktikan ketaatan, kepatuhan serta sentiasa mengingatiNya. Solat juga mendidik jiwa seseorang memahami hakikat ketaqwaan, ketenangan, kesabaran, tawakkal, jihad dan Allah S.W.T. sahajalah tempat bergantung dalam segala urusan kehidupan. Solat adalah amalan yang asal dalam agama.

Oleh sebab itu, ia merupakan sunnah yang mengiringi risalah-risalah dari langit. Allah S.W.T. mentaklifkan ibadah solat kepada mereka yang dipilih memikul amanah nubuwwah, kerana ibadah solat ini menghubungkan manusia secara terus dengan Allah S.W.T. Ibadah solat juga menjadi bekalan kekuatan rohani dalam melaksanakan amanah yang besar ini.

Taklifan solat ini bukan sekadar untuk diri mereka sahaja, malah Allah S.W.T. mewasiatkan agar disampaikan kepada anak cucu dan juga kepada generasi seterusnya. Nabi Ibrahim a.s. telah berdoa kepada Allah S.W.T. supaya beliau dan anak cucunya beriltizam mengerjakan solat. Permohonan itu telah dirakamkan di dalam firman Allah S.W.T. dalam surah Ibrahim ayat 40:
 “Ya Tuhan, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan Kami, Perkenankanlah doaku”.
Allah S.W.T. mengutuskan para Nabi bermula dari Nabi Adam a.s. sehingga ke Nabi Muhammad s.a.w. membawa misi menegakan konsep tauhid dan ubudiyyah kepada Allah S.W.T. Tuhan yang Maha Esa. Sementara syariat pula dari Nabi ke Nabi mengikut reality persekitaran kaum masing-masing. Namun begitu, ibadah solat telah disyariatkan dalam setiap risalah para nabi, semenjak dari dahulu sehingga zaman ini. Ibadah solat merupakan kefardhuan amali pertama dalam setiap risalah, untuk membenarkan akidah keimanan dan merealisasikan perngertian pengabdian kepada Allah S.W.T.. 

Terdapat banyak ayat Al-Quran dan Al-Sunnah yang menerangkan mengenai pensyariatan ibadah solat dalam syariat para nabi terdahulu. Antaranya ialah, firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Anbiya ayat 73:
 “Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah,”.

Lagi firman Allah S.W.T. dalam surah Maryam ayat 54 - 55: 
“Ceritalah wahai Muhammad kepada mereka, kisah Ismail yang tersebut di dalam Al-Quran, sesungguhnya dia adalah rasul dan nabi. Dia menyuruh para ahlinya mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan dia adalah seorang yang diredhai disisi TuhanNya”.

Dan di antara dalil-dalil daripada hadis seperti hadis berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis tentang kisah beliau manakala diutus ke Yaman, dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma, beliau menceritakan: "Bahawa Nabi s.a.w tatkala mengutus Mu'adz ke Yaman, beliau berpesan padanya:
 "Sesungguhnya engkau akan mendatangi sekelompok kaum dari Ahli Kitab, maka ajaklah mereka untuk bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah, dan bersaksi bahwa aku adalah utusan Allah. Jika sekiranya mereka mentaatimu akan hal tersebut, maka beritahulah mereka bahwasannya Allah telah mewajibkan atas mereka solat lima waktu setiap harinya". 
Dan banyak lagi ayat yang mensyariat solat ini dilaksanakan. Kesimpulannya, kenyataan dalil-dalil dari Al-Quran dan Al-Sunnah membuktikan bahawa solat adalah ibadah asal yang disyariatkan dalam risalah nabi terdahulu.











3      Hikmah Kepada Individu

Ibadah solat adalah rukun Islam yang ke-2 selepas mengucap dua kalimah syahadah yang telah diperundangkan sebagai salah satu cara bagi umat mensyukuri dan berterima kasih kepada nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya kepada kita. Ibadah solat mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan terutama kepada agama. 
Ibadah solat telah membentuk satu perhubungan di antara seseorang manusia dengan Tuhannya. Ia dilakukan untuk melahirkan pengabdian kepada Allah dengan menyerahkan diri, jiwa raga serta segala urusan kehidupan harian kepada-Nya. Ibadah solat juga dilakukan bagi mendapatkan keamanan, kedamaian, ketenangan dan keselamatan dari pencipta-Nya. Ibadah solat juga membuka jalan kepada kejayaan dan kemenangan bagi mendapatkan pengampunan dari Tuhan di atas segala kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan.
Firman Allah yang bermaksud,
Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.  Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjakan shalat”. (Al-Ma’rij : 19-22)
Ibadah solat yang dilakukan adalah untuk mendekatkan dan menghampirkan diri kepada Allah di samping dapat memperkuatkan semangat dan jiwa kita serta menjadi benteng kepada kerakusan dan keinginan hawa nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Ibadah solat juga dapat memberikan ketenangan jiwa dan kerehatan pada diri serta menjauhkan seseorang dari sifat lalai yang boleh memesongkan.


Firman Allah,
“Dan mintalah (pertolongan kepada Allah) dengan jalan sabar dan kerjakanlah sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. (Al-Baqarah : 45)
Ibadah solat juga melatih seseorang itu supaya lebih berdisplin dan bertanggungjawab serta sentiasa mengikut peraturan masa kerja dalam menjalankan urusan kehidupan seharian kerana ibadah solat itu sendiri dilakukan pada waktu-waktu yang teratur dengan mengikut adab-adab dan rukunnya.

Dalam solat seseorang itu dapat mempelajari perasaan lemah lembut dan rendah diri, bersopan dan berdisplin. Solat juga dapat membentuk sifat dan peribadi seseorang supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia, jujur, amanah, penyabar dan ikhlas. Firman Allah,

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Al 'Ankabut : 45)





4      Hikmah Kepada Masyarakat

Solat dapat menjana masyarakat yang berdisciplin. Ibadah solat terlalu istimewa dan mengandungi banyak hikmah yang besar bukan saja kepada individu tetapi juga kepada masyarakan seluruhnya. 
Kewajiban melaksanakan solat pada waktu yang telah ditetapkan boleh menjadikan pelaksananya menjadi orang yang sentiasa mementingkan ketepatan masa. Secara tidak langsung, apabila individu itu melaksanakan solat pada waktunya, ia sebenarnya telah berada dalam golongan orang-orang yang beruntung dan berjaya. Disebabkan wajib mendirikan solat subuh di awal waktu, seseorang itu terpaksa bangun awal. Setelah mendirikan solat, Islam menganjurkan agar individu tersebut tidak lagi meneruskan tidurnya tetapi terus melakukan aktiviti yang bermanfaat. Secara tidak sedar, kita dapati bahawa orang-orang yang berjaya dalam hidup baik dari segi pendidikan, kesihatan, ekonomi dan lain-lain bidang lagi adalah terdiri dari orang-orang yang bangun awal waktu.
Aktiviti-aktiviti harian manusia pula hampir keseluruhannya dimulakan pada awal waktu seperti persekolahan, pejabat-pejabat kerajaan, pertanian, program-program kemasyarakatan seperti ceramah, gotong royong dan sebagainya.
Kejayaan kepada aktiviti-aktiviti ini banyak bergantung kepada disiplin yang tinggi masyarakat untuk bangun awal. Dengan itu, tidak syak lagi bahawa syariat Islam yang mewajibkan umatnya mengerjakan solat subuh pada awal waktu secara tidak langsung telah melahirkan masyarakat yang berdisiplin dalam menjaga ketepatan waktu.
Jika waktu memainkan peranan penting dalam kejayaan urusan kehidupan harian manusia, tidak hairanlah mengapa Allah SWT telah beberapa kali bersumpah dengan masa dalam al-Quran.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Al-‘Asr : 1-3)
 Dengan perkataan yang mudah, ibadat solat terbukti dapat melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan sekaligus berkualiti hasil daripada kejayaan menepati masa.
Solat juga melahirkan masyakarat yang bersih dan sihat.
Salah satu syarat sahnya ibadah solat itu ialah ia dikerjakan dalam keadaan suci dari hadas kecil dan hadas besar. Ini berdasarkan kepada salah satu hadis Nabi SAW yang berbunyi “Allah tidak menerima solat seseorang yang tidak suci” dlam hadis yang dipetik dari Hadith riwayat al-Jamaa’ah kecuali al-Bukhari. Dalam hadith yang lain, Nabi SAW bersabda “Allah tidak menerima solat salah seorang kamu apabila berhadas hingga dia bersuci”.
Ini membawa maksud bahawa sebelum mengerjakan solat, seseorang itu mestilah mengambil wudhu terlebih dahulu. Rukun wajib yang disepakati oleh ulama dalam wudhu.
Ibadah solat dapat memperkuatkan dan menyatukan aqidah setiap anggota masyarakat serta memperteguhkan jiwa mereka. Ibadah solat juga dapat memperkuatkan semangat kemasyarakatan, menyuburkan ikatan tali persaudaraan, menyatukan suara fikiran dalam melaksanakan setiap pekerjaan atau aktiviti harian.
Contohnya, hikmah solat berjemaah. Allah akan melipatgandakan pahala solat berjemaah sampai dua puluh tujuh derajat.
Di antaranya dari Abdullah bin Umar  radhiyallahu ‘anhuma bahwa Nabi s.a.w bersabda,

“Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat sendirian dengan 27 derajat.”
Al-Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan dengan lafadz,

“Solat seseorang dengan berjemaah lebih banyak daripada solatnya sendirian 27 kali.”
Di antaranya juga, solat berjemaah dapat mengembangkan disiplin dan berakhlak mulia. Solat berjemaah mengajarkan disiplin seorang makmun senantiasa mengikuti gerakan imam dan berada di belakang imam. Hal ini tentu membiasakan melatih kedisiplinan dalam kehidupan seseorang, menghilangkan ego, perbedaan dan dengan penuh kerendahan hati patuh dan taat pada pimpinannya, yaitu imam.
Tumbuhnya persaudaraan dan kasih sayang. Ia dapat membantu kita untuk saling kenal mengenali di antara satu sama lain disamping mengeratkan hubungan tali silaturahim, membiasakan melibatkan diri dalam anggota masyarakat dan tolong menolong dalam melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan. Solat berjemaah juga mengajarkan persamaan. Agar tidak dibedakan antara yang kaya dan yang miskin, seorang pejabat atau rakyat jelata, atasan atau bawahan, semua berdiri, ruku’, sujud, dan duduk dalam satu barisan untuk taat dan tunduk kepada Allah. 
Masjid dan surau juga adalah pusat bagi peyatuan dan kekuatan ummah, di sini kita saling nasihat menasihat dengan perkataan yang baik dan lemah lembut, memberikan kritikan yang membina, memperbaiki dan memperbetulkan kesalahan diri serta anggota masyarakat, memberikan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam melakukan gerak kerja seharian.











5      Rujukan

1.      Kitab Fiqh Mazhab Syafie, Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji
2.      Hadith riwayat al-Jamaa’ah kecuali al-Bukhari. Lihat hadith ini yang dipetik dalam buku Dr.A.Rahman Ritonga, M.A. & Dr. Zainuddin, M.A., Fiqh ibadah, Penerbit Gaya Media Pratama, Jakarta, 1997, hal.97.
3.      Hadith riwayat Bukhari dan Muslim. Lihat hadith ini yang dipetik dalam buku Dr.A.Rahman Ritonga, M.A. & Dr. Zainuddin, M.A., Fiqh ibadah, Penerbit Gaya Media Pratama, Jakarta, 1997, hal.97.
4.      Tajul Ariffin B. Abdul Rahman, Sembahyang dan persoalannya: Siri kuliah motivasi bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan ibadah dalam Islam, Penerbitan Senada, Kedah Darulaman, Cetakan ketiga, 2000, hal.11

5.      Dr.A.Rahman Ritonga, M.A. & Dr. Zainuddin, M.A., Fiqh ibadah, Penerbit Gaya Media Pratama, Jakarta, 1997, hal.87.

No comments:

Post a Comment