Wednesday 30 November 2016

Tasawwuf: Akhlak Dalam Islam

LATAR BELAKANG

Bersyukur dan segala puji hanya milik Allah S.W.T. Selawat dan salam selalu diberikan kepada Rasullullah s.a.w. Berkat limpahan dan rahmat-Nya penyusun mampu menyelesaikan tugasan makalah berjudul Kematian Dalam Islam ini.
Dalam penyusunan tugasan ini, tidak sedikit hambatan yang penulis hadapi. Namun penulis menyedari bahawa kelancaran dalam penyusunan tugasan ini tidak lain berkat bantuan, dorongan, dan bimbingan Ustaz dan sahabat-sahabat yang penulis hadapi dapat diatasi Alhamdulillah.
Tugasan makalah ini disusun agar pembaca dapat memperluas ilmu tentang akhlak dalam Islam. Akhlak merupakan salah satu dari pilar ajaran Islam yang memiliki kedudukan yang sangat penting. Akhlak merupakan buah yang dihasilkan dari proses menerapkan aqidah dan syariah/ibadah. Ibarat pohon, akhlak merupakan buah kesempurnaan dari pohon tersebut setelah akar dan batangnya kuat. Jadi, tidak mungkin akhlak ini akan terwujud pada diri seseorang jika dia tidak memiliki aqidah dan syariah yang baik.
Tugasan makalah ini di susun oleh penyusun dengan berbagai rintangan. Baik itu yang datang dari diri penyusun maupun yang datang dari luaran. Namun dengan penuh kesabaran dan terutama pertolongan dari Allah s.w.t. akhirnya tugasan makalah ini dapat diselesaikan.
Sebagai seorang insan yang lemah, penulis yakin bahawa makalah ini tidak terlepas dari kelemahan-kelemahan yang boleh diperbaiki. Oleh demikian harapan penulis kepada sekelian pembaca, sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan dari mana-mana aspek sudah sekiranya perbetulkan.
Semoga tugasan makalah ini dapat memberikan wawasan yang lebih luas dan menjadi sumbangan pemikiran kepada pembaca khususnya para mahasiswa Pusat Pendidikan Jamiyah Singapura dan Kolej Universiti Islam Melaka.



Kupasan Masalah tentang Akhlak

Aqidah, Akhlak, dan Ibadah: ketiganya merupakan 3 pokok ajaran Islam. Ketiganya harus selalu bersamaan dengan aqidah berjalan di depan.
Aqidah, Akhlak dan Ibadah bagaikan suatu pohon, di mana aqidah merupakan akar, ibadah merupakan batang dan akhlak adalah buahannya. Ibadah dan akhlak akan tumbang tanpa adanya aqidah yang mengakarinya.
Ibadah membentuk akhlak dan melembutkan budi pekerti kerana orang yang beribadat itu sentiasa melatih diri untuk untuk taat kepada perintah Allah serta mencari keredaan-Nya dalam semua bidang kehidupan.
Amalan yang ikhlas, adalah dinilai sebagai ibadah, sama asa berupa ibadah khusus yang menghubungkan secara langsung antara hamba dengan Pencipta, seperti solat, zakat dan puasa atau ibadah umum yang menghubungkan antara hamba seperti berniaga, bertani dan berkahwin.
Ibadah boleh menyuburkan keimanan seseorang muslim, iman (aqidah) yang tidak disirami dengan ibadah akan menjadi kerdil dan beransur-ansur hilang.
Sebenarnya Allah s.w.t menciptakan manusia hanyalah bertujuan supaya mereka itu beribadah kepada-Nya semata sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :

“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka tunduk mengabdikan diri kepada-Ku.” (al-Zariyat:56)

Persoalan akhlak juga amat dititikberatkan oleh Islam ke atas penganut-penganutnya. Malah ianya menjadi tujuan utama utusan Allah, sebagaimana sabda Nabi s.a.w, mafhumnya:

“Sesungguhnya aku diutuskan ialah untuk menyempurnakan akhlak mulia.” 

Akhlak dalam Islam adalah bertitik tolak daripada pengabdian seseorang kepada Allah s.w.t dengan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda adalah peribadi contoh terbaik. Semua perangai yang bertentangan dengan akhlak Rasulullah s.a.w adalah dikira tidak berakhlak.

Firman Allah S.W.T. bermaksud :

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang paling mulia.” (al-Rum: 4)

Sayyidatina Aisyah r.a apabila ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w, berkata:

“Adalah akhlak baginda s.a.w itu ialah Al-Quran”.
Oleh itu, pengukur untuk menilai akhlak seseorang sama ada baik atau buruk, perlu dilihat kepada penghayatan seseorang terhadap kandungan al-Quran secara keseluruhannya.

Persoalan akhlak dalam Islam merangkumi akhlak terhadap Al-Khaliq (pencipta) dan akhlak terhadap makhluk. Akhlak terhadap Khaliq adalah seperti cinta, taat atau patuh yang tidak berbelah bahagi, ikhlas, sabar, reda, syukur, takwa, warak, zuhud, dan sebagainya.

Manakala akhlak terhadap makhluk pula merangkumi akhlak sesama manusia dan bukan manusia. Akhlak sesama manusia termasuk kepada diri sendiri, keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Antara nilai-nilai akhlak yang mesti ada ialah adil, jujur, perasaan ukhuwah, musyawwarah, tolong-menolong, kenal-mengenal, faham-memahami dan sebagainya.

Sementara akhlak terhadap bukan manusia seperti menjauhi perbuatan hasad dengki (yang merosakkan), sentiasa berprasangka baik, ramah tamah dan adil dalam segala perlakuan dan perkataan seharian.
Akhlak yang baik digambarkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai suatu yang paling berat dalam timbangan seseorang mukmin di hari kiamat kelak.

“Tidak sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seseorang mukmin di hari kiamat selain daripada akhlak yang baik dan Allah benci pada orang yang keji mulut atau kelakuannya.” (Riwayat Tirmidzi)

Menurut al-Quran, akhlak mencerminkan kebersihan hati. Akhlak yang baik menunjukkan hati yang luhur lagi bersih. Manakala akhlak yang buruk menunjukkan jiwa yang kotor.

Firman Allah dalam surah al-Syamsu, ayat 9-10, bermaksud:
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang membersihkan jiwanya dan sangat malang orang-orang yang mengotori jiwanya.” 

Baginda Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang lelaki tentang apakah semalang-malang untung nasib? Jawab Baginda: “Akhlak yang buruk.”

Baginda juga pernah ditanya oleh seorang lelaki, siapakah mukmin yang lebih baik keimanannya? Baginda menjawab: “Yang paling baik adalah akhlaknya.”
 Ibadah akan membentuk akhlak individu, manakala akhlak adalah asas pembentukan peribadi Muslim. Jika akhlaknya baik, maka personalitinya menarik dan begitulah sebaliknya.

Sebagai contoh, ibadah sembahyang dapat membentuk peribadi muslim yang syumul. Apabila masuk waktu solat, azan akan berkumandang dan menandakan telah tiba kewajipan umat Islam mengabdikan diri dengan waktu, waktu mesti dihargai dan ditepati.
 Sebelum mengerjakan solat pula, umat Islam dibimbing supaya sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Sebab itulah disyaratkan kepada kita berwuduk (mengambil air sembahyang) dengan membersihkan muka, tangan dan tapak kaki daripada segala najis dan kekotoran.

Ibadah sembahyang dapat memelihara diri manusia daripada melakukan kemungkaran.

Diri akan terkawal daripada kemaksiatan sebagaimana jaminan Allah dalam firman-Nya dalam surah al-Ankabut, ayat 45, bermaksud:

“Sesungguhnya manusia itu di jadikan bertabiat resah gelisah, apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut, kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyang.” 

Ibadah puasa juga mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Selain menandakan kesyukuran di atas nikmat Allah, puasa melatih kita supaya bersih daripada sifat-sifat yang mazmumah seperti hasad dengki, tamak haloba, sombong dak takkabur. Dengan berpuasa, manusia bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi dapat melatih diri melakukan sifat-sifat terpuji seperti tolong-menolong, bersedekah, merendah diri di samping mengerjakan ibadah-ibadah sunat seperti solat tarawih, tahajjud dan bertadarus al-Quran.

Zakat pula selain membersihkan diri daripada sifat bakhil dan kedekut, ia juga dapat membentuk individu yang bersifat pemurah, rajin berusaha dan suka menolong orang yang susah.

Firman Allah dalam surah at-Taubah, ayat 103, bermaksud:
 “Pungutlah zakat daripada harta mereka supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doa itu menjadi ketenteraman bagi mereka.” 

Ibadah haji dapat mendisiplinkan diri seseorang mukmin daripada perkara-perkara yang fasik. Sebaliknya mereka didorong melakukan perkara-perkara kebaikan dan kebajikan.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 197 bermaksud:

“(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka ia tidak boleh bercakap kotor (atau bersetubuh) berbuat fasik dan bantah-bantahan dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Bekalkanlah dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa dan bertakwalah kepada-Nya.” 

Nas-nas di atas menunjukkan Islam telah menjelaskan betapa ia menerapkan nilai-nilai akhlak kepada manusia melalui rukun-rukun dan Islam adalah yang unik dan terbaik untuk dijadikan pegangan hidup manusia.
Sebaliknya, apabila manusia cuai atau sengaja tidak mahu beribadah kepada Allah s.w.t, sudah tentu ibadah yang disyariatkan itu tidak dapat menyempurnakan akhlak manusia. Akhirnya manusia sanggup melakukan apa sahaja hingga melampaui batas-batas kemanusiaan.

Sebagai contoh, satu bukti yang telah nyata menunjukkan kemurkaan Allah terhadap manusia yang bersifat kebinatangan ini ialah apabila Allah menurunkan penyakit AIDS atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit. AIDS tiba-tiba sahaja menjadi kebimbangan manusia dari berbagai peringkat kerana andaian yang mengerikan dan menjijikkan. AIDS kini mengancam kehidupan manusia daripada peringkat tua, belia, remaja hingga kepada bayi yang sedang berada dalam kandungan.

Nyatalah bahawa ibadah dapat membentuk peribadi dan akhlak seseorang muslim, sebab itu ibadah menjadi objektif kejadian manusia. Apabila manusia mengabdikan diri dan berbakti kepada Allah, segala tingkah lakunya akan dikawal oleh iman, hasilnya ia dapat mengerjakan amal soleh dan bertakwa kepada Allah. Sebaliknya, tanpa akhlak, manusia akan hidup terumbang-ambing tanpa haluan dan pedoman.





Pengertian Akhlak dalam Islam
Istilah Akhlak berasal dari bentuk jamak khuluk yang bererti watak, tabiat, perangai dan budi pekerti. Imam al-Ghazali memberi batasan khuluk sebagai, “Khuluk adalah sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong lahirnya perbuatan dengan mudah dan ringan tanpa pertimbangan dan pemikiran mendalam”. Dari pengertian ini, suatu perbuatan dapat disebut baik jika dalam melahirkan perbuatan-perbuatan baik itu dilakukan secara spontan dan tidak ada paksaan dari orang lain.
Akhlak erat kaitannya dengan perbuatan. Bila seseorang melakukan perbuatan baik maka perbuatan tersebut dikatakan akhlak mulia. Sebaliknya, bila seseorang melakukan perbuatan buruk maka perbuatan tersebut dikatakan akhlak yang buruk.
Ibnu Miskawaih dalam kitab Tahdzibul Akhlak mengatakan bahawa akhlak adalah keadaan gerak jiwa yang mendorong seseorang melakukan perbuatan tanpa memikirkan dan mempertimbangkan lebih dahulu.
Dalam buku tersebut dijelaskan bahawa gerak jiwa meliputi dua hal antara lain:
1.      Keadaan jiwa yang alami dan bertolak dari watak. Contoh adanya orang yang cepat marah kerana masalah tertawa berlebihan kerana mendengar berita yang menggembirakan.
2.      Keadaan jiwa yang terbentuk kerana kebiasaan atau latihan. Pada awalnya, hal itu terjadi kerana difikirkan dan dipertimbangkan namun kerana telah terbiasa dilakukan, pada tahap selanjutnya keadaa tersebut menjadi satu watak yang melekat tanpa dipertimbangkan dan dipikirkan.
Sesuai dengan pengertian di atas, akhlak merupakan wujud iman, Islam dan ikhsan sebagai pantulan sifat dan jiwa seseorang secara spontan. Ia lalu melahirkan perilaku yang konsisten dan tidak tergantung pada pertimbangan kerana keinginan tertentu. Semakin kuat keimanan seseorang, semakin taat beribadah, akan semakin baik akhlaknya. Sehingga akhlak tidak dapat dipisahkan dengan ibadah maupun aqidah kerana ia dapat mempergaruhi antara satu sama lain.



Akhlak dalam Pandangan Islam
Berbagai mazhab akhlak yang bermunculan kebanyakan berasaskan pada pandangan dunia dan para pengikut mazhab tersebut. Mazhab akhlak Islam juga berangkat dari pandangan dunia khasnya.
Dalam pandangan dunia Islam, alam wujud ini memiliki Tuhan yang menciptakan dan mengaturnya. Manusia adalah makhluk yang tidak akan binasa dengan kematian, tapi berpindah dari dunia ini menuju alam akhirat untuk mendapatkan ganjaran perbuatan baik dan buruk yang dilakukannya.
Islam memandang manusia sebagai makhluk berikhtiar dan mukallaf (menerima tugas dan tanggungjawab). Ia tidak diciptakan tanpa suatu tujuan, tapi ia lahir untuk mendapatkan kesempurnaan jiwa dan bergerak menuju Allah yang akhirnya bermuara pada kehidupan bahagia di akhirat. Manusia adalah makhluk dua dimensi:
Dari satu sisi, ia adalah makhluk yang mempunyai naluri hewani dan hawa nafsu, yang mau tidak mau, harus dipenuhi olehnya.
Di lain pihak, ia memiliki ruh malakuti yang membuatnya lebih unggul dibanding hewan-hewan lain. Sebab itu, dia diangkat menjadi khalifah Allah dan kedudukannya lebih tinggi ketimbang malaikat. Kehidupan batin manusia juga memiliki kebahagiaan dan kesengsaraan. Ia bisa mencapai kesempurnaan dengan syarat ia mampu mengembangkan dimensi insani dan malakutinya serta mengawal hawa nafsu hewaninya.
Di sinilah kedudukan nilai-nilai akhlak akan terlihat, yaitu kesempurnaan jiwa yang selaras dengan ruh malakuti manusia dan yang akan menyinari jiwanya serta menenangkannya.
Adapun akhlak tercela dan tenggelam dalam hawa nafsu, sangat kontras dengan ruh dan hakikat mulia manusia. Kedua hal ini akan melemahkan sisi insaninya dan menyeretnya ke jurang kehinaan.
Meski Islam menyebut nilai-nilai akhlak selaras dengan fitrah manusia, tapi ia tidak menganggapnya cukup dalam menyeru manusia kepada akhlak terpuji dan menjauhkannya dari akhlak tercela. Oleh kerana itu, ia menyeru manusia kepada akhlak terpuji melalui cara mempertebal iman kepada Allah, hari akhir, janji pahala ukhrawi dan ancaman siksa neraka.
Akhlak dalam Islam bertumpu atas iman kepada Allah, hari akhir, harapan akan pahala dan rasa takut dari azab yang merupakan jaminan terbaik seseorang berakhlak mulia. Dampak dari iman kepada Allah dan mencari redha-Nya adalah seseorang bisa lebih mudah mengendalikan naluri hewaninya dan menghidupkan nilai-nilai kemanusiaan seperti itsâr (mementingkan orang lain), pengorbanan, membela orang terzalimi, memerangi kezaliman, menegakkan keadilan, jihad, sifat amanah dan berbuat baik kepada orang lain.
Pada prinsipnya, Islam menilai harga setiap perbuatan dari sisi iman dan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Norma-norma akhlak pun akan memberi kesempurnaan dan kebahagiaan kepada manusia bila didasari iman dan niat taqarrub. Bila tidak, maka semuanya akan sia-sia., walau dalam pandangan umum, hal itu masih dianggap sebuah keutamaan.


Sumber Akhlak
Dalam Islam, akhlak menjadi salah satu inti ajaran. Fenomena ini telah dicontohkan oleh Rasulullah saw, sebagaimana disebutkan dalam Al Qur’an surat al–Qalam(68):4. 

Ertinya : “Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Keseluruhan akhlak Rasulullah ini juga diungkapkan oleh Aisyah r.a. saat ditanya tentang akhlak Nabi. Saat itu Aisyah berkata : “Akhlak Nabi adalah Al Qur’an”. Demikian juga disebutkan dalam Al Qur’an surat Al Ahzab (33):21.

Ertinya : Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
Dengan demikian bagi umat Islam, untuk menunjuk siapa yang layak dicontoh tidak perlu sulit sulit, cukuplah berkiblat kepada akhlak yang ditampilkann oleh Rasulullah saw. Dalam sebuah hadith dinyatakan : “orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya” (HR. Ahmad dari Abu Hurairah). Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan oleh at Turmudzi dari Jabir r.a., Rasulullah menyatakan : “Sungguh di antara yang paling aku cintai, dan yang paling dekat tempat duduknya dengan aku kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya diantara kamu”.
Berkaitan dengan hati nurani, muncul persoalan, dapatkah dijamin bahawa hati nurani selalu dominan dalam jiwa manusia sehingga suaranya selalu didengar, mengingat dalam diri manusia terdapat dua potensi yang selalu bertolak belakang yaitu potensi yang mengarah kepada kebaikan (taqwa) dan potensi yang mengarah pada keburukan (al-fujur), dimana kekuatan yang lebih menonjol tentunya menjadi dominan dalam mempengaruhi keputusan suatu persoalan.

Oleh kerana itu, agar hati nurani seorang muslim selalu dalam kondisi kepada kebaikan, maka ia harus selalu disucikan. Seorang muslim perlu menjaga rutinitas dan kontinuitas ibadah, berusaha untuk selalu mendekatkan diri (taqarub) kepada Allah, membaca sejarah orang orang terdahulu serta selalu berusaha untuk saling menasihati dengan sesamanya.



Akhlak Mahmudah

‘Mahmudah’ berarti baik dan di dalam bahasa arab disebut ‘khair’. Dari beberapa kamus dan ensiklopedia diperoleh pergertian ‘baik’ sebagai berikut:
1.      Baik bererti sesuatu yang telah mencapai kesempurnaan.
2.      Baik bererti yang menimbulkan rasa keharuan dalam keputusan, kesenangan persesuaian.
3.      Baik bererti sesuatu yang mempunyai nilai kebenaran atau nilai yang diharapkan.
4.      Sesuatu yang dikatakan baik, bila ia mendatanagkan rahmat, perasaan senang atau bahagia, bila ia dihargai secara positif.
Jadi akhlakul karimah bererti tingkah laku yang terpuji yang merupakan tanda kesempurnaan iman seseorang kepada Allah swt. Akhlakul karimah dilahirkan berdasarkan sifat-sifat yang terpuji. Orang yang memiliki akhlak yang terpuji ini dapat bergaul dengan masyarakat luas kerana dapat melahirkan sifat saling tolong menolong dan menghargai sesamanya. Akhlak yang baik bukanlah semata-mata teori melainkan akhlak sebagai tindak tanduk manusia yang keluar dari hati. Akhlak yang baik merupakan sumber dari segala perbuatan sewajarnya.

Dalam Al Qur’an dan hadith banyak dijelaskan bagaimana perilaku (akhlak) yang sesuai dengan aturan Islam. Seperti misalnya di dalam Al Qur’an surat Asy-Syams (91):7-10 yang berbunyi:

Ertinya : “Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”

Ayat di atas menjelaskan bahawa barang siapa ingin mencapai kebahagiaan hidup, hendaknya dia mensucikan jiwanya dari sifat sifat tercela dan berusaha memiliki ketakwaan yang tinggi. Ertinya, dia harus selalu berusaha meningkatkan ketakwaan dengan cara yang benar.



Antara contoh akhlah mahmudah adalah:
a)      Bersifat baik
b)      Bersifat benar: memberitahukan (menyatakan) sesuatu yang sesuai dengan apa-apa yang terjadi.
c)      Bersifat amanah: kesetiaan, ketulusan hati, kepercayaan atau kejujuran.
d)     Bersifat adil: adil apabila seseorang mengambil haknya dengan cara yang benar.
e)      Bersifat kasih sayang: sifat kasih saying adalah fitrah yang dianugerahkan Allah swt kepada makhlukNya. Ruang lingkup ar-Rahman yang diutarakan dalam beberapa tingkatan, yaitu:
·         Kasih sayang dalam lingkungan keluarga
·         Kasih sayang dalam lingkungan tetangga dan masyarakat
·         Kasih sayang dalam lingkungan bangsa
·         Kasih sayang dalam lingkungan keagamaan.
f)       Bersifat hormat (al-iqtishad): Menggunakan segala sesuatu yang tersedia berupa harta benda, waktu, tenaga menurut ukuran keperluan. Mengambil jalan tengah, tidak kurang dan tidak berlebihan.
g)      Bersifat berani: berani bukanlah semata-mata berani berkelahi melainkan sesuatu sikap mental seseorang dapat menguasai jiwanya dan berbuat menurut semestinya.
h)      Bersifat kuat: kuat termasuk dalam rangkaian fadhilah akhlakul karimah yaitu peribadi manusia yang meliputi kekuatan fisik dan jasmani, kekuatan jiwa dan akal.
i)        Bersifat malu: malu terhadap Allah swt dan malu kepada diri sendiri apabila melanggar peraturan-peraturan Allah swt.
j)        Menjaga kesucian diri: menjaga diri dari segala tuduhan, fitnah dan perbuatan keji lainnya. Hal ini dapat dilakukan mulai dari memelihara hati (qalbu) untuk tidak membuat rencana dan angan-angan yang buruk.
k)      Menepati janji: suatu ketetapan yang dibuat dan disepakati oeleh seseorang untuk orang lain atau diri sendiri untuk dilaksanakan sesuatu ketetapannya.



Akhlak Mazmumah

Akhlak mazmumah ialah perangai atau tingkah laku yang tercermin pada diri manusia yang cenderung melekat dalam bentuk yang tidak menyenangkan orang lain.

Dalam beberapa kamus dan ensiklopedia dihimpun pengertian ‘buruk’ sebagai berikut:
1.      Rusak atau tidak baik, jahat, tidak menyenangkan, tidak elok.
2.      Perbuatan yang tidak sopan, kurang ajar, jahat dan tidak menyenangkan.
3.      Segala yang tercela, lawan baik, lawan pantas, lawan bagus, perbuatan yang bertentangan dengan agama, adat istiadat dan masyarakat yang berlaku.

Antara contoh akhlah mahmudah adalah:
a)      Sifat dengki: menaruh perasaan marah kerana sesuatu yang amat sangat kepada kekurangan orang lain.
b)      Sifat iri hati: merasa kurang senang melihat kelebihan orang lain, kurang senang melihat orang llain beruntung, cemburu dengan beberuntungan orang lain, tidak rela apabila orang lain mendapat nikmat dan kebahagiaan.
c)      Sifat angkuh: sombong yaitu menganggap diri lebih dari orang lain sehingga ia berusaha menutupi dan tidak mahu mengakui kekrangan dirinya, selalu merasa lebih besar, lebih kaya, lebih pintar, lebih dihormati, dan lebih beruntung dari yang lainnya.
d)     Sifat riya: berbuat amal kerana didasarkan ingin mendapat pujian dari orang lain, agar dipercayai orang lain, agar ia dicintai orang lain kerana ingin dilihat oleh orang lain.



Faktor Pembentukan Akhlak
Perubahan kepada kebaikan sama ada hal taubat mahupun akhlak mahmudah, suatu jaminan pasti bahawa perkara tersebut tidak lain akan memberi keuntungan ke atas pelakunya. Di antara factor-faktor pembentukan akhlak:

1.      Wirathah (keturunan)
Sifat yang diwarisi dari satu generasi kepada generasi seterusnya akan mempengaruhi dalam pembentukan akhlak seseorang. Walaupun perlu diingati bahawa iman itu tidak diwarisi maka sedemikian juga perihal akhlak.

2.      Persekitaran
Skop persekitaran ini termasuk rumahtangga, masyarakat, tempat tinggal, keadaan geografi dan sebagainya.

3.      Teman dan sahabat
Peranan dan pengaruh teman jelas diperkatakan oleh Islam sepertimana sabda Rasullullah saw yang bermaksud:
“Perbandingan seseorang yang mengambil kawan yang baik sepertimana seorang yang berkawan dengan penjual minyak wangi. Manakala perumpamaan seseorang yang berkawan dengan kawan yang jahat sepertimana seorang yang berkawn dengan tukang besi, di mana dia akan mendapat dari kawannya sama ada bau yang wangi atau bau asap relau pembakar.”

4.      Adat
Adat resam atau tradisi yang dianggap sebagai nilai sebuah bangsa juga mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap pembentukan akhlak. Islam tidak melarang bagi seseorang Muslim untuk melaksana atau mengamal perkara yang menjadi tradisi turun temurun bangsanya selagi ia tidak bertentangan dengan apa yang ditetapkan oleh Islam.

5.      Undang-undang dan peraturan
Ibnu Maskawayh mengulas, “Undang-undang itulah yang dapat membetulkan generasi muda dan membiasakan mereka dengan perilaku yang mulia, menyediakan diri mereka untuk mendapat hikmah, mencari kemuliaan dan kebahgiaan melalui pemikiran yang benar dan perbandingan yang adil.”

6.      Ilmu
Ilmu berkisar tentang akhlak sama ada akhlak mahmudah atau akhlak yang buruk, kedua-duanya perlu didedahkan kepada umat Islam supaya mereka dapat mengenal untuk menjadi lebih akrab dengan akhlak mahmudah dan merangka persediaan untuk menghindari akhlak yang buruk. Ilmu perlu mempraktik dan mengamal kerana itu sahaja jalan paling berkesan dalam pendidikan akhlak.

7.      Pendidikan iman sebagai asas akhlak
Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorak manusia menjadi seseorang yang beriman. Iman adalah asas kepada akhlak Islam. Contohnya dengan melaksanakan segala perintah Allah swt yang berupa ibadah kerana kesemua perintah Allh swt tersebut bertujuan untuk membersihkan diri dan menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat terpuji.

8.      Melalui latihan dan bimbangan pendidik berkualiti
Pendidikan yang diberikan hendaklah bermula dari rumah yang ditangani oleh ibu bapa. Ibu bapa seharusnya mempunyai keperibadian dan akhlak yang mantap sebagai pendidik dan pembimbang seperti lemah lembut dalam pertuturan, pergualan, sabar, lapang dada, istiqamah, berwawasan dan seumpamanya.

9.      Mengambil Rasulullah saw sebagai contoh
Rasulullah saw adalah contoh teladan dan ikutan yang paling tepat bagi semua peringkat kehidupan. Bersesuaian dengan itu, Allah swt telah berfirman bahawa Nabi Muhmmad saw diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak di kalangan mereka. Firman Allah swt dalam Al-Ahzab(33):21:


Ertinya : “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah swt dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah swt.”




Ancaman Akhlak Dalam Kehidupan Modern

Yusuf Qardhawi menyebutkan bahwa paling tidak ada tiga macam ancaman terhadap akhlak manusia dalam kehidupan modern dewasa ini, yaitu ananiyyah, madiyyah dan naf’iyyah.

Ananiyyah ertinya individualisme, yaitu faham yang bertitik tolak dari sikap egoisme, mementingkan dirinya sendiri, sehingga mengorbankan orang lain demi kepentingannya sendiri. Orang orang yang berpendirian semacam ini tidak memiliki semangat ukhuwah Islamiyah, rasa persaudaraan dan toleransi (tasamuh) sehingga sulit untuk merasakan penderitaan orang lain. Padahal seseorang baru dikatakan berakhlak mulia tatkala ia memperhatikan nasib orang lain juga.

Madiyyah ertinya sikap materialistik yang lahir dari kecintaan pada kehidupan duniawi yang berlebihan. Hal demikian dijelaskan oleh Allah dalam Al Qur’an surat Hud (11):15-16 yang berbunyi:

Artinya : “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan Sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan., Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang Telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang Telah mereka kerjakan.”

Naf’iyyah ertinya pragmatis yaitu menilai sesuatu hanya berdasarkan pada aspek kegunaan semata. Ketiga ancaman terhadap akhlak mulia ini hanya akan dapat diatasi manakala manusia memiliki posisi aqidah yang kuat dan senantiasa melakukan amal ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.


KESIMPULAN

Akhlak adalah umpama buah bagi pokok yang hidup subur, tanpa pokok tiadalah buah, begitu juga dengan ibadah. Tanpa ibadah tiadalah akhlak. Buah yang baik tentunya memerlukan pokok yang hidup subur, begitu juga dengan akhlak yang luhur tentunya memerlukan ibadah yang berkualiti dan dikerjakan secara berterusan. Jika ibadah seseorang itu teguh, teguhlah akhlaknya dan begitulah pula sebaliknya.

Akhlakul karimah adalah tingkah laku yang terpuji yang merupakan tanda kesempurnaan iman seseorang kepada Allah swt. Di antaranya yaitu ikhlas, sabar dan istiqamah.

Akhlak mazmumah ialah perangai atau tingkah laku yang tercermin pada diri manusia yang tercenderung melekat dalam bentuk yang tidak menyenangkan orang lain. Di antaranya yaitu sombong, iri hati dan riya.

Akhlak merupakan suatu perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan.Berdasarkan apa yang telah menjadi pokok bahasan pada materi di atas, maka secara sederhana dapat di tarik sebuah kesimpulan yaitu ahlak merupakan cerminan dari agama islam itu sendiri, dimana bila ahlak seorang manusia mencerminkan sebuah kebaikan, kesucian, kesopanan dan lain sebagainya yang bertujuan menggapai rekredhaan Allah swt. Yang menjadi ukuran baik dan buruk akhlak adalah syarak, iaitu apa yang diperintahkan oleh syarak, itulah yang baik dan apa yang dilarang oleh syarak itulah yang buruk. Perkembangan teknologi dapat mempengaruhi lingkungan serta kebudayaan masyarakat. Apabila dalam lingkungan masyarakat tersebut tidak memiliki tembok yang kuat, niscaya keruntuhan akhlak dan morallah yang akan terjadi. Yaitu di mulai dengan hilangnya norma-norma dalam masyarakat tersebut.

Kerusakan akhlak pada manusia di sebabkan oleh pengaruh lingkungan yang semakin hari, semakin kebarat-baratan yang selalu menurutu hawa nafsu yang menggebu-gebu dalam menggapai ataupun meraih sebuah tujuan. Namun dengan adanya pengaruh syaitan yang sangat kuat dalam diri manusia itu sendiri, yang menjadikan tujuan yang baik, menjadi merosot kearah keburukan yang menyesatkan kehidupan manusia baik di dunia maupun akhirat. Untuk itu marilah kita secara sadar dan bersama-sama menjalankan kaedah dan menguatkan nilai-nilai aqidah Islam dalam jiwa kita dengan sebaik-baiknya.

Demikian makalah yang dapat saya sampaikan. Saya berharap semoga makalah ini bermanfaat bagi kelompok kami dan semua kalangan. Saya menyadari bahawa dalam makalah ini masih jauh dari kesempurnaan, maka kami mengharapkan kritik, saran dari pembaca guna pengembangan lebih lanjut makalah ini.




RUJUKAN

1.      Al-Quran al-Karim
2.      Said Hawwa. 1993. Induk Pensucian Diri. Singapura. Kerjaya Printing Industries Pte Ltd.
3.      Anwar Rosihon. 2010. Akhlak Tasawuf. Bandung. Pustaka Setia.
4.      Yasyin Sulchan. 1997. Kamus lengkap Bahasa Indonesia. Surabaya. Amanah.
5.      Prof Dr Hamka. 1980. Tasawuf, Perkembangan dan Pemurniannya. Jakarta. Yayasan Nurul Islam.
6.      Ayatollah Ibrahim Amini. Akhlak Dalam Islam. 05 June 2016. www.ibrahimamini.com/id/node/2113. Dilayari pada 26/11/2016.
7.      Wawan Beneran. Konsep Akhlak Dalam Islam. 24 Januari 2015. www.totaltren.com/2015/01/mengenal-konsep-akhlak-dalam-islam.html. Dilayari pada 27/11/2016.
8.      Try Gusmawan. Makalah Akhlak Dalam Islam. 20 Oktober 2015. http://tugaskuliah15.blogspot.sg/2015/10/makalah-akhlak-dalam-islam.html. Dilayari pada 28/11/2016.