ABSTRAK
Akhlak
kata lain dari etika dan moral, yang merupakan keadaan batin seseorang sebagai
sumber lahirnya sikap mulia. Akhlak yang baik tercermin dari perilaku yang
dapat dikendalikan dan melakukan kebaikan secara ikhlas tanpa mengharapkan
imbalan. Pembinaan akhlak merupakan upaya untuk menanamkan, mengamalkan dan
menghayati nilai-nilai keimanan, ketakwaan dan amal soleh dalam tata kehidupan
keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Individu dan masyarakat yang berakhlak
mulia, merupakan prasyarat bagi berlangsungnya pembangunan dalam wujud
kehidupan yang damai dan sejahtera di tengah masyarakat, bangsa dan negara.
Pendidikan
agama Islam sebagai bantuan dan bimbingan yang diberikan secara sedar oleh
pendidik kepada peserta didknya yang bertujuan agar peserta didik memiliki
sikap hidup dan cara berfikir serta tingkah laku yang sesuai dengan ajaran
Islam. Keberagamaan seseorang wujud dalam bentuk tingkah laku iaitu akhlak dan
perbuatannya sehari-hari yang akhirnya menjadi sifat atau keperibadian yang dapat
melahirkan perbuatan baik atau buruk. Adapun pembinaan agama Islam itu dapat
dilakukan di lingkungan keluarga, sekolah dan masyarakat. Namun pembinaan yang
dilakukan oleh orang tua dalam keluarga merupakan pembinaan yang sangat
menentukan dan berpengaruh terhadap perkembangan keagamaan dan keperibadian
seseorang kerana keluarga merupakan lingkungan pertama dan utama bagi anak.
Kata
kunci : Pembinaan, Akhlak, Keluarga dan Islam
KATA PENGANTAR
Bersyukur dan segala puji hanya milik Allah S.W.T. Selawat
dan salam selalu diberikan kepada Rasullullah s.a.w. Berkat limpahan dan
rahmat-Nya penyusun mampu menyelesaikan tugasan makalah berjudul Kematian Dalam
Islam ini.
Dalam penyusunan tugasan ini, tidak sedikit hambatan yang
penulis hadapi. Namun penulis menyedari bahawa kelancaran dalam penyusunan tugasan
ini tidak lain berkat bantuan, dorongan, dan bimbingan Ustaz dan
sahabat-sahabat yang penulis hadapi dapat diatasi Alhamdulillah.
Tugasan makalah ini disusun agar pembaca dapat memperluas
ilmu tentang akhlak dalam kekeluaragaan. Akhlak merupakan salah satu
dari pilar ajaran Islam yang memiliki kedudukan yang sangat penting.
Tugasan makalah
ini di susun oleh penyusun dengan berbagai rintangan. Baik itu yang datang dari
diri penyusun maupun yang datang dari luaran. Namun
dengan penuh kesabaran dan terutama pertolongan dari Allah s.w.t. akhirnya tugasan
makalah ini dapat diselesaikan.
Sebagai seorang insan yang lemah, penulis yakin bahawa
makalah ini tidak terlepas dari kelemahan-kelemahan yang boleh diperbaiki. Oleh
demikian harapan penulis kepada sekelian pembaca, sekiranya terdapat kesilapan
dan kesalahan dari mana-mana aspek sudah sekiranya perbetulkan.
Semoga tugasan makalah ini dapat memberikan wawasan yang
lebih luas dan menjadi sumbangan pemikiran kepada pembaca khususnya para
mahasiswa Pusat Pendidikan Jamiyah Singapura dan Kolej Universiti Islam Melaka.
Singapura,
03/12/206 Penulis,
Nur Azlinda Binte
Zulkifli
ISI
KANDUNGAN
Abstrak
i
Kata Pengantar
ii
Isi Kandungan
iii
Bab I – Pendahuluan
1.1 Latar
belakang Masalah
1-2
1.2 Pembatasan
dan Perumusan Masalah
2
1.3 Objektif
Masalah
3
1.4 Metodologi
Masalah
3
Bab II – Isi Penulisan
2.1 Kajian Teori tentang
Akhlak
4-9
2.2 Akhlak Remaja
9-11
2.3 Faktor yang
menpengaruhi Akhlak seseorang anak remaja 11-12
2.4 Pendidikan Agama
Islam dalam Keluarga 13-22
Bab III – Penutup
3.1 Kesimpulan
23-24
3.2 Saranan
25
Rujukan
26
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Masalah
Keperluan manusia akan
pendidikan merupakan suatu yang sangat mutlak dalam kehidupan ini, dan manusia
tidak dapat dipisahkan dari kegiatan pendidikan. Menurut Jon Dewey sebagaimana yang
dikutip oleh A. Fatah Yasin bahawa “pendidikan merupakan salah satu keperluan
peribadinya agar hidup dengan disiplin.” (A.Fatah Yasin. 2008. Dimensi-Dimensi
Pendidikan Islam. Yogyakarta. UIN Malang Press.)
Pendidikan dipandang
sangat penting dalam proses pembangunan dan dijadikan sebagai saranan kemajuan
bangsa. Dengan kata lain kemajuan suatu bangsa terletak pada kualiti manusianya
sementara peningkatan kualiti manusia hanya dapat dibina melalui pendidikan
dalam segala bidang kehidupan termasuk kehidupan beragama.
Secara kudrat seorang
anak sejak dilahirkan memerlukan pendidikan atau bimbingan dari orang dewasa.
Dasar kudrat ini dapat dimengertikan dari keperluan-keperluan dasar yang
dimiliki oleh setiap anak yang hidup di dunua. Hal tersebut sesuai dengan
firman Allah swt:
Ertinya: Dan Allah megeluarkan kamu
dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun.. (An-Nahl 16:78)
Islam juga menyatakan
bahawa seorang anak lahir di dunia membawa pembawaan yang disebut fitrah.
Fitrah ini berisi potensi untuk berkembang, potensi ini dapat berupa keyakinan
beragama, perilaku untuk menjadi baik ataupun menjadi buruk dan lain sebagainya
yang kesemuaanya harus dikembangkan agar ia tumbuh secara wajar sebagai hamba
Allah.
Rasulullah saw bersabda:
Ertinya: Setiap anak dilahirkan
membawa fitrah (bakal keagamaan), maka terserah kepada kedua orang tuanyalah
untuk menjadikan beragama Yahudi atau Nasrani atau Majusi. (HR. Ibn Hibban)
Dari ayat dan hadith di
atas menunjukkan betapa pentingnya pendidikan bagi seseorang anak terutama
pendidikan agama, agar ia menjadi manusia yang berkualiti. Sementara pendidikan
pertama dan utama bagi seorang anak adalah pendidikan dari kedua orang tuanya
yang terjadi dalam keluarga.
Menururt Zakiah Daradjat
keluarga adalah “wadah pertama dan utama bagi pertumbuhan dan perkembangan
anak”. (Zakiah Dardjat. 1995. Pendidikan
Islam dalam Keluarga dan Sekolah. Jakarta. Ruhama.)
1.2 Pembatasan dan Perumusan
Masalah
1.2.1
Pembatasan Masalah
Berdasarkan latar
belakang masalah di atas, ternyata masalahnya begitu luas sehingga tindak
mungkin bagi penulis untuk membahaskannya secara keseluruhan. Oleh kerana itu
agar masalah dalam penelitian ini lebih fokus dan tidak menyimpang dari apa
yang akan ditelitikan maka penulis membatasinya sebagai berikut:
a.
Pendidikan agama Islam dalam keluarga
dibatasi pada aspek solat, berpuasa, membaca Al-Quran dan orang tua.
b.
Akhlak yang dimaksudkan dalam penelitian
ini berkaitan dengan akhlak anak terhadap orang tua.
1.2.1
Perumusan
Masalah
Dari pembatasan masalah
di atas maka rumusan masalah yang akan ditelitikan adalah “Apakah terdapat
hubungan yang terjalin antara pendidikan agama islam dalam keluarga dan akhlak
seorang anak?”
1.3 Objektif Masalah
Tujuan dalam penelitian
ini adalah:
a.
Untuk mengetahui pelaksanaan pendidikan
agama Islam dalam lingkungan keluarga.
b.
Untuk mengetahui akhlak seseorng anak.
c.
Unutk mengetahui hubungan pendidikan agama
Islam dalam keluarga dengan akhlak seseorang anak.
1.4 Metodologi Masalah
Adapun manfaat
diadakannya penelitian masalah ini adalah:
a. Terdapat
daripada koleksi buku-buku dan journal-journal yang dipetik dari Pusat Perpustakaan
Singapura.
b. Kegunaan
secara melalui melayari lelaman internet untuk mendapatkan maklumat yang
bernas.
BAB II
ISI PENULISAN
2.1 Kajian Teori Tentang
Akhlak
2.1.1
Pengertian Akhlak dalam Islam
Aqidah,
Akhlak, dan Ibadah: ketiganya merupakan 3 pokok ajaran
Islam. Ketiganya harus selalu bersamaan dengan aqidah berjalan di depan.
Aqidah,
Akhlak dan Ibadah bagaikan suatu pohon, di mana aqidah
merupakan akar, ibadah merupakan batang dan akhlak adalah buahannya. Ibadah dan
akhlak akan tumbang tanpa adanya aqidah yang mengakarinya.
Ibadah
membentuk akhlak dan melembutkan budi pekerti kerana orang yang
beribadat itu sentiasa melatih diri untuk untuk taat kepada perintah Allah
serta mencari keredaan-Nya dalam semua bidang kehidupan.
1.
Amalan yang ikhlas, adalah dinilai sebagai
ibadah, berupa ibadah khusus yang menghubungkan secara langsung antara hamba
dengan Pencipta, seperti solat, zakat
dan puasa atau ibadah umum yang
menghubungkan antara hamba seperti berniaga, bertani dan berkahwin.
Ibadah boleh menyuburkan keimanan seseorang muslim, iman (aqidah) yang tidak disirami dengan ibadah akan menjadi kerdil dan beransur-ansur hilang. (Anwar Rosihon. 2010. Akhlak Tasawuf. Bandung. Pustaka Setia.)
Ibadah boleh menyuburkan keimanan seseorang muslim, iman (aqidah) yang tidak disirami dengan ibadah akan menjadi kerdil dan beransur-ansur hilang. (Anwar Rosihon. 2010. Akhlak Tasawuf. Bandung. Pustaka Setia.)
2.1.2
Pengertian Akhlak dalam Islam
Istilah Akhlak berasal
dari bentuk jamak khuluk yang bererti watak, tabiat, perangai dan budi pekerti. Imam al-Ghazali memberi batasan khuluk
sebagai, “Khuluk adalah sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong lahirnya
perbuatan dengan mudah dan ringan tanpa pertimbangan dan pemikiran mendalam”.
Dari pengertian ini, suatu perbuatan dapat disebut baik jika dalam melahirkan
perbuatan-perbuatan baik itu dilakukan secara spontan dan tidak ada paksaan
dari orang lain.
Akhlak erat kaitannya
dengan perbuatan. Bila seseorang melakukan perbuatan baik maka perbuatan tersebut
dikatakan akhlak mulia. Sebaliknya, bila seseorang melakukan perbuatan buruk
maka perbuatan tersebut dikatakan akhlak yang buruk.
Dalam pandangan dunia Islam, alam wujud
ini memiliki Tuhan yang menciptakan dan mengaturnya. Manusia adalah makhluk yang
tidak akan binasa dengan kematian, tapi berpindah dari dunia ini menuju alam
akhirat untuk mendapatkan ganjaran perbuatan baik dan buruk yang dilakukannya.
Meski Islam menyebut nilai-nilai akhlak
selaras dengan fitrah manusia, tapi ia tidak menganggapnya cukup dalam menyeru
manusia kepada akhlak terpuji dan menjauhkannya dari akhlak tercela. Oleh kerana
itu, ia menyeru manusia kepada akhlak terpuji melalui cara mempertebalkan iman
kepada Allah, hari akhir, janji pahala ukhrawi dan ancaman siksa neraka.
Akhlak dalam Islam bertumpu atas iman
kepada Allah, hari akhir, harapan akan pahala dan rasa takut dari azab yang
merupakan jaminan terbaik seseorang berakhlak mulia. Dampak dari iman kepada
Allah dan mencari redha-Nya adalah seseorang bisa lebih mudah mengendalikan
naluri hewaninya dan menghidupkan nilai-nilai kemanusiaan seperti itsâr (mementingkan
orang lain), pengorbanan, membela orang terzalimi, memerangi kezaliman,
menegakkan keadilan, jihad, sifat amanah dan berbuat baik kepada orang lain.
Pada prinsipnya, Islam menilai harga
setiap perbuatan dari sisi iman dan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada
Allah. Norma-norma akhlak pun akan memberi kesempurnaan dan kebahagiaan kepada
manusia bila didasari iman dan niat taqarrub. Bila tidak, maka semuanya akan
sia-sia., walau dalam pandangan umum, hal itu masih dianggap sebuah keutamaan.
2.1.3
Sumber Akhlak
Dalam Islam, akhlak
menjadi salah satu inti ajaran. Fenomena ini telah dicontohkan oleh Rasulullah
saw, sebagaimana disebutkan dalam Al Qur’an surat al–Qalam(68):4.
Ertinya
: “Dan Sesungguhnya kamu
benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Keseluruhan akhlak
Rasulullah ini juga diungkapkan oleh Aisyah r.a. saat ditanya tentang akhlak
Nabi. Saat itu Aisyah berkata : “Akhlak Nabi adalah Al Qur’an”. Demikian juga
disebutkan dalam Al Qur’an surat Al Ahzab (33):21.
Ertinya
: Sesungguhnya Telah ada pada
(diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut
Allah.
Dengan demikian bagi umat
Islam, untuk menunjuk siapa yang layak dicontoh tidak perlu sulit sulit,
cukuplah berkiblat kepada akhlak yang ditampilkann oleh Rasulullah saw. Dalam
sebuah hadith dinyatakan : “orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya
adalah yang paling baik budi pekertinya” (HR. Ahmad dari Abu Hurairah). Dalam
hadith yang lain yang diriwayatkan oleh at Turmudzi dari Jabir r.a., Rasulullah
menyatakan : “Sungguh di antara yang paling aku cintai, dan yang paling dekat
tempat duduknya dengan aku kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik
akhlaknya diantara kamu”. (Said
Hawwa. 1993. Induk Pensucian Diri. Singapura. Kerjaya Printing Industries Pte
Ltd.)
2.1.4 Akhlak Mahmudah
‘Mahmudah’ bererti baik
dan di dalam bahasa arab disebut ‘khair’. Dari beberapa kamus dan ensiklopedia
diperoleh pergertian ‘baik’ sebagai berikut:
1.
Baik bererti sesuatu
yang telah mencapai kesempurnaan.
2.
Baik bererti yang
menimbulkan rasa keharuan dalam keputusan, kesenangan persesuaian.
3.
Baik bererti sesuatu
yang mempunyai nilai kebenaran atau nilai yang diharapkan.
4.
Sesuatu yang dikatakan
baik, bila ia mendatanagkan rahmat, perasaan senang atau bahagia, bila ia
dihargai secara positif.
Jadi akhlakul karimah
bererti tingkah laku yang terpuji yang merupakan tanda kesempurnaan iman
seseorang kepada Allah swt. Akhlakul karimah dilahirkan berdasarkan sifat-sifat
yang terpuji. Orang yang memiliki akhlak yang terpuji ini dapat bergaul dengan
masyarakat luas kerana dapat melahirkan sifat saling tolong menolong dan
menghargai sesamanya. Akhlak yang baik bukanlah semata-mata teori melainkan
akhlak sebagai tindak tanduk manusia yang keluar dari hati. Akhlak yang baik
merupakan sumber dari segala perbuatan sewajarnya.
Dalam Al Qur’an dan hadith banyak
dijelaskan bagaimana perilaku (akhlak) yang sesuai dengan aturan Islam. Seperti
misalnya di dalam Al Qur’an surat Asy-Syams (91):7-10 yang berbunyi:
Ertinya
: “Dan jiwa serta
penyempurnaannya (ciptaannya), Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan)
kefasikan dan ketakwaannya, Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan
jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”
Ayat di atas menjelaskan bahawa barang
siapa ingin mencapai kebahagiaan hidup, hendaknya dia mensucikan jiwanya dari
sifat sifat tercela dan berusaha memiliki ketakwaan yang tinggi. Ertinya, dia
harus selalu berusaha meningkatkan ketakwaan dengan cara yang benar.
Antara contoh akhlah
mahmudah adalah:
a)
Bersifat baik
b)
Bersifat benar: memberitahukan
(menyatakan) sesuatu yang sesuai dengan apa-apa yang terjadi.
c)
Bersifat amanah:
kesetiaan, ketulusan hati, kepercayaan atau kejujuran.
d)
Bersifat adil: adil
apabila seseorang mengambil haknya dengan cara yang benar.
e)
Bersifat kasih sayang:
sifat kasih sayang adalah fitrah yang dianugerahkan Allah swt kepada
makhlukNya. Ruang lingkup ar-Rahman yang diutarakan dalam beberapa tingkatan,
yaitu:
·
Kasih sayang dalam
lingkungan keluarga
·
Kasih sayang dalam
lingkungan tetangga dan masyarakat
·
Kasih sayang dalam
lingkungan bangsa
·
Kasih sayang dalam
lingkungan keagamaan.
f)
Bersifat hormat
(al-iqtishad): Menggunakan segala sesuatu yang tersedia berupa harta benda,
waktu, tenaga menurut ukuran keperluan. Mengambil jalan tengah, tidak kurang
dan tidak berlebihan.
g)
Bersifat berani: berani
bukanlah semata-mata berani berkelahi melainkan sesuatu sikap mental seseorang
dapat menguasai jiwanya dan berbuat menurut semestinya.
h)
Bersifat kuat: kuat
termasuk dalam rangkaian fadhilah akhlakul karimah yaitu peribadi manusia yang
meliputi kekuatan fisik dan jasmani, kekuatan jiwa dan akal.
i)
Bersifat malu: malu
terhadap Allah swt dan malu kepada diri sendiri apabila melanggar
peraturan-peraturan Allah swt.
j)
Menjaga kesucian diri:
menjaga diri dari segala tuduhan, fitnah dan perbuatan keji lainnya. Hal ini
dapat dilakukan mulai dari memelihara hati (qalbu) untuk tidak membuat rencana
dan angan-angan yang buruk.
k)
Menepati janji: suatu
ketetapan yang dibuat dan disepakati oeleh seseorang untuk orang lain atau diri
sendiri untuk dilaksanakan sesuatu ketetapannya.
2.1.5 Akhlak Mazmumah
Akhlak mazmumah ialah
perangai atau tingkah laku yang tercermin pada diri manusia yang cenderung
melekat dalam bentuk yang tidak menyenangkan orang lain.
Dalam beberapa kamus
dan ensiklopedia dihimpun pengertian ‘buruk’ sebagai berikut:
1.
Rusak atau tidak baik,
jahat, tidak menyenangkan, tidak elok.
2.
Perbuatan yang tidak
sopan, kurang ajar, jahat dan tidak menyenangkan.
3.
Segala yang tercela,
lawan baik, lawan pantas, lawan bagus, perbuatan yang bertentangan dengan
agama, adat istiadat dan masyarakat yang berlaku.
Antara contoh akhlah
mazmumah adalah:
a)
Sifat dengki: menaruh
perasaan marah kerana sesuatu yang amat sangat kepada kekurangan orang lain.
b)
Sifat iri hati: merasa
kurang senang melihat kelebihan orang lain, kurang senang melihat orang llain
beruntung, cemburu dengan beberuntungan orang lain, tidak rela apabila orang lain
mendapat nikmat dan kebahagiaan.
c)
Sifat angkuh: sombong
yaitu menganggap diri lebih dari orang lain sehingga ia berusaha menutupi dan
tidak mahu mengakui kekrangan dirinya, selalu merasa lebih besar, lebih kaya,
lebih pintar, lebih dihormati, dan lebih beruntung dari yang lainnya.
d)
Sifat riya: berbuat
amal kerana didasarkan ingin mendapat pujian dari orang lain, agar dipercayai
orang lain, agar ia dicintai orang lain kerana ingin dilihat oleh orang lain. (Ayatollah
Ibrahim Amini. Akhlak Dalam Islam. 05 June 2016.
www.ibrahimamini.com/id/node/2113. Dilayari pada 26/11/2016.)
2.2 Akhlak Remaja
Sebelum
membahas tentang akhlak remaja terlebih dahulu diketahui definisi remaja itu
sendiri. Secara etimologi, remaja dalam Bahasa latin diperolehi dari kata kerja
adolescence yang berarti untuk tumbuh dan kembang menjadi dewasa. (Zahrotun
Nihayah. 2006. Psikologi Perkembangan Tinjauan Psikologi Barat dan Islam. Jakarta.
UIN Jakarta Press.)
Adapun
secara terminology, menurut Yusak Burhanuddin bahawa remaja adalah “masa
peralihan di antara anak-anak dan masa dewasa, dimana anak-anak mengalami
pertumbuhan cepat di segala bidang”. (Yusak Burhanuddin. 1999. Kesehatan Mental.
Bandung. Sinar Baru Algensindo.)
Dari
definisi-definisi di atas baik secara etimologi atau terminologi, penulis
menyimpulkan bahawa ia adalah peralihan anatara masa anak-anak dan masa dewasa.
Fasa remaja termasuk dalam fasa-fasa perkembangan manusia seperti disebutkan
dalam firman Allah swt dalam Al-Hajj(5):5.
Ertinya
: “Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setitis mani, sesuah
itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai anak kemudian
(kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa) kemudian
(dibiarkan kamu hidup lagi) sapai tua, di anatara kamu ada yang diwafatkan dan
(adapula) di anatara kamu yang dipanjangkan umurmya sampai pikun, supaya dia
tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya”
Melihat
tahap perkembangan manusia di atas, masa remaja berada pada tahap ketiga yaitu
masa bangkitnya akal dan kesedaran diri. Sementara pendapat Elizabeth B.
Hurlock yang dikutip oleh Sahilun A. Nasir, ia menbahagikan menjadi tiga
tahapan yaitu: (Sahilun A. Nasir. 2005.
Peranan Pendidikan Agama Terhadap
Pemecahan Problema Remaja. Jakarta. Kalam Mulia.)
a.
Usia pra-remaja 10-12
tahun
b.
Usia remaja awal 13-16
tahun
c.
Usia remaja akhir 17-21
tahun
Adapun
mengenai ciri-ciri khusus pada masa ini menurut Sahilun A. Nasir dapat
dikumpulkan sebagai berikut:
a.
Perasaan dan emosi
remaja tidak stabil
b.
Mengenai status remaja
masih sangat sulat ditentukan
c.
Kemampuan mental dan
daya fikiran mulai agak sempurna
d.
Hal sikap dan moral,
menonjol pada menjelang akhir remaja awal
e.
Remaja awal adalah masa
kritikal
f.
Remaja awal banyak
masalah yang dihadapi
Dengan
melihat ciri-ciri di atas, bahawa sekali perubahan yang terjadi pada diri
remaja yang dapat menimbulkan masalah. Seperti mengalami ketidaktahuan tatkala
mencari kedudukan dan identity, di mana para remaja bukan lagi kanak-kanak,
tetapi juga belum menjadi dewasa. Oleh kerana itu mereka cenderung dan bersifat
lebih sensitive kerana peranannya belum tegas. Meraka juga megalami
pertentangan nilai-nilai dan harapan-harapan yang akibatnya lebih
mempersulitkan dirinya yang sekaligus mengubah perannya.
Pada
masa ini, para remaja menghadapi masalah dengan sikap bingung. Tetapi dengan
bantuan orang disekitarnya terutama dalam linkungan keluarga, diharapkan mereka
dapat menghadapi dan memecahkan masalahnya dengan baik, apalagi jika remaja itu
seorang beriman yang kuat. Remaja yang kuat jasmani dan rohaninya dalam
menghadapi berbagai macam persoalan hidup akan menjadi otang yang selalu
berguna bagi agama, nusa dan bangsanya. Remaja yang demikian ini telah
dilukiskan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Kahfi(18):13.
Ertinya
: “Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya
mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan meraka, dan kami tambah
pula untuk mereka petunjuk.”
Begitunya
remaja penerus perjuangan bangsa dan pembangunan nasional yang mempunyai
semangat patriotism, budi pekerti, akhlak yang tinggi, berilmu dan bertakwa
kepada Allah swt.
2.3 Faktor
yang menpergaruhi Akhlak seseorang anak remaja
Sebagaimana yang telah
dikemukakan di atas kahawa masa remaja awal adalah masa bangkitnya akal dan
kesedaran diri. Dalam masa ini terdapat tenaga dan kekuatan fisikal yang luar
biasa serta tumbuh keingintahuan dan keinginan untuk mencuba. Mereka juga
banyak menghadapi masalah terutama yang berhubungan dengan akhlak dan agama. Perkembangan
keberagamaan remaja sangat terpengaruh terhadap akhlaknya. Oleh kerana itu
dalam pembinaan akhlak remaja, agama mempunyai peranan penting kerana
nilai-nilai yang dating dari agama sifatnya tetap, tidak berubuah-ubah oleh
waktu dan tempat.
Untuk lebih jelas lagi
mengenai factor-faktor yang mempengaruhi akhlak remaja adalah seperti berikut:
a.
Faktor Dalaman
(1)
Keturunan
Sifat-sifat
yang dibawa atau dipindahkan dari orang tua ke anak keturunannya, Salah satu
pewarisan orang tua kepada anaknya adalah pewarisan yang bersifat tingkah laku
baik terpuji mahupun tercela. Dengan demikian orang tua yang memiliki akhlak
yang baik maka kemungkinan anak juga memiliki akhlak yang terpuji begitu pula
sebaliknya.
(2)
Keperibadian
Menurut
pandangan psikologi terdiri dari dua unsur yaitu unsur keturunan dan pengaruh
lingkungan. Hubungan antara kedua unsur inilah yang membentukkan keperibadian
dan menyebabkan munculnya perwatakan mereka.
(3)
Kejiwaan
Kegoncangan
jiwa dan persaan yang sering terjadi pada masa remaja adalah pertentangan dan
ketidakserasian yang terdapat dalam keluarga, sekolah dan masyarakat.
b.
Faktor Luaran
(1)
Lingkungan Keluarga
Keluarga
merupakan lingkungan pertama dan utama bagi anak. Oleh kerana itu kedudukan
keluarga terutama orang tua dalam membentuk akhlak anak sangat penting. Jika
orang tua menunjukkan sikap dan tingkah kaku yang baik, anak akan cenderung
untuk melakukan yang sama. Begitu pula sebaliknya. Selain itu kegoncangan dalam
keluarga misalnya, hubungan ibu bapa dan anak yang kurang erat, keadaan
keluarga yang bercerai berai dapat menyebabkan lelainan perilaku anak termasuk
remaja.
(2)
Lingkungan Institusi
(Sekolah)
Ia
dapat mempengaruhi akhlak remaja seperti di sekolah. Sekolah merupakan lembaga formal yang mempunyai program dalam
melaksanakan bimbingan, pengajaran dan latihan kepada anak agar mereka
berkembang sesuai dengan potensinya. Pengaruh sekolah terhadap perkembangan
akhlak anak terutama pada remaja sangat besar kerana sekolah merupakan
pengganti dari keluarga sementara guru-guru merupakan mengganti dari orang tua.
Tidak hairan jika pengaruhnya cukup besar. Adapun factor yang berpengaruh di
sekolah bukan hanya guru tetapi pergaulan antara sahabat-sahabat pun besar
pengaruhnya terhadap akhlak anak.
(3)
Lingkungan Masyarakat
Yang
dimaksudkan masyarakat di sini adalah berpengaruh terhadap perkembangan fitrah
beragama dan berakhlak. Dalam masyarakat, individu (terutama anak-anak dan
remaja) akan melakukan interaksi social dengan sahabat sebaya atau anggota
masyarakat lain. Apabila sahabatnya menampilkan perilaku yang sesuai dengan
nilai-nilai agama (berakhlak baik), maka remaja itu pun cenderung akan
berakhlak baik dan sebaliknya. Hal ini terjadi apabila anak atau remaja kurang
mendapatkan bimbangan dalam keluarganya.
Dengan melihat berbagai
factor yang mempengaruhi akhlak remaja, baik dalaman atau luaran maka untuk membentuk remaja yang soleh yang
sesusai dengan ajaran agama, diperlukan adanya lingkungan yang kondusif bagi
perkembangan kesedaran beragama remaja sebagai dasar untuk mewujudkan remaja
yang berakhlak mulia.
2.4 Pendidikan Agama Islam dalam Keluarga
2.4.1 Pengerti pendidikan agama Islam
Sebelum menjelaskan
pengertian pendidikan agama Islam, terlebih dahulu akan dijelaskan pengertian
pendidikan.
Didik
ertinya memelihara dan memberi latihan. Secara istilahnya adalah memberi
peningkatan dan mengembangkan. Adapun dalam Bahasa arab seringkali disebut
sebagai Al-Tarbiyah. (Yasyin Sulchan. 1997. Kamus lengkap Bahasa
Indonesia. Surabaya. Amanah.)
Sedangkan menurut
Langevald sebagaimana dikutip oleh Prof Dr Hamka menyebutkan bahaawa pendidikan
itu ialah “pemberian bimbingan atau bantuan rohani bagi yang masih memerlukan,
pendidikan itu terjadi melalui pengaruh dari seseorang yang telah dewasa kepada
yang yang belum dewasa”. (Prof Dr Hamka. 1980.
Tasawuf, Perkembangan dan Pemurniannya.
Jakarta. Yayasan Nurul Islam.)
Pengertian pendidikan
secara umum itu kemudian dihubungkan dengan Islam sebagai suatu system
keagamaan menimbulkan pengertian-pengertian baru. Abdurrahman An-Nahlawi
menggambarkan hubungan antara Islama dan pendidikan sebagai berikut:
“Islam merupakan syari’at
Allah bagi manusia yang dengan syari’at itu manusia beribadah. Agar manusia
mampu memikul dan merealisasikan amanat besar itu syari’at itu memerlukan
pengamalan, pengembangan dan pembinaan. Pengembangan dan pembinaan itulah yang
dimaksudkan dengan pendidikan Islam.” (A.Fatah Yasin. 2008. Dimensi-Dimensi
Pendidikan Islam. Yogyakarta. UIN Malang Press.)
Berdasarkan
definisi-definisi yang telah dikemukakan di atas dapat disimpulkan bahawa
pendidikan agama Islam adalah bimbangan yang dilakukan oleh seorang dewasa
kepada terdidik dalam masa pertumbuhan sesuai ajaran Islam berdasarkan Al-Quran
dan Hadith agar ia memiliki keperibadian muslim.
2.4.2 Dasar Pendidikan Agama Islam
Dalam konteks ini,
dasar yang menjadi acuan pendidikan Islam hendaknya merupakan sumber nilai
kebenaran dan kekuatan yang dapat menghantarkan anak remaja ke arah pencapaian
pendidikan. Oleh kerana itu dasar yang terpenting dari pendidikan Islam adalah
Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (Hadith). Tempat-tempat pendidikan agama Islam
di Singapura seperti Pusat Pendidikan Jamiyah, Pergas dan lain-lain lagi.
Terdapat juga yang
perpegang pada tiga sumber yaitu:
a.
Al-Quran
Al-Quran merupakan kalam Allah yang telah
diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw bagi seluruh umat manusia. Al-Quran
merupakan petunjuk yang lengkap, pedoman manusia yang meliputi seluruh aspek
kehidupan manusia dan bersifat universal.
Keuniversalan ajaran Al-Quran menurut Wawan Beneran “mencakup ilmu pengetahuian
yang tinggi dan sekaligus mulia yang intipati tidak dapat dimengerti kecuali
bagi orang yang berjiwa suci dan berakal cerdas”. (Wawan Beneran. Konsep Akhlak Dalam Islam. 24 Januari 2015. www.totaltren.com/2015/01/mengenal-konsep-akhlak-dalam-islam.html.
Dilayari pada 27/11/2016.)
b. Al-Sunnah
(Hadith)
Secara
sederhana Al-Sunnah (Hadith) merupakan jalan atau cara yang pernah dicontohkan
Nabi Muhammad saw dalam perjalanan kehidupannya melksanakan dakwah Islam.
Contoh yang beliau berikan dapat berupa hadith qauliyat (ucapan, pernytaan
Nabi), hadith fi-liyat (tindakan dan perbuatan Nabi) dan hadith taqririyat
(persetujuan Nabi atas tindakan dan peristiwa yang terjadi). (Try Gusmawan. Makalah Akhlak Dalam Islam. 20 Oktober 2015.
http://tugaskuliah15.blogspot.sg/2015/10/makalah-akhlak-dalam-islam.html.
Dilayari pada 28/11/2016.)
Ertinya
: “Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah..”
(An-Nisa (4):80)
Dari
ayat di atas dapat terlihat jelas bahawa kedudukan Hadith Nabi sebagai sumber
pendidikan yang utama setelah Al-Quran dan dapat dipergunakan sebagai acuan
bagi pelaksanaan pendidikan agama Islam di mana-mana. Dengan demikian, dalam
pendidikan agama Islam Sunnah Rasul mempunyai dua funsgi yaitu:
(1)
Menjelaskan system pendidikan agama Islam
yang terdapat dalam Al-Quran dan menjelaskan hal-hal yang tidak terdapat di
dalamnya.
(2)
Menyimpulkan metode pendidikan dari
kehidupan Rasulullah bersama sahabat, perlakuannya kepada anak-anak dan
pendidikan keimanan yang pernah dilakukannya.
c.
Ijtihad (Ijma’ Ulama)
Ijtihad
bererti usaha keras dan bersungguh-sungguh. Adapun secara istilah adalah
mempergunakan segala kesanggupan untuk mengeluarkan hukum syarak dari
kitabullah dan hadith Rasul. Ijtihad adalah produk ijma para mujtahid muslim
pada suatu tempuh tertentu terhadap berbagai persoalan yang terjadi setelah
wafatnya Nabi Muhammad saw untuk menentukan hukum syarak atas berbagi persoalan
umat yang bersifat amali.
Dari
definisi atas, penulis meyimpulkan bahawa ijtihad merupakan proses penggalian
dan menetapan hukum syari’at yang dilakukan oleh para mujtahid muslim setelah
wafat Nabi Muhammad saw, guna memberikan jawapan hukum atas berbagai persoalan
umat yang ketentuan hukumnya secara syari’at tidak terdapat dalam Al-Quran dan
Hadith.
2.4.3 Pengertian Keluarga
Keluarga merupakan suatu
social terkecil dalam kehidupan umat manusia sebagai makhluk social, ia
merupakan unit pertama dalam masyarakat. Di situlah terbentuknya tahap awal
proses sosialisasi dan perkembangan individu.
Definisi keluarga adalah
“ikatan laki-laki dengan wanita berdasarkan hukum atau undang-undang perkawinan
yang sah dan mereka tinggal bersama menelola kerja sama ekomoni serta memiliki
anak baik kandung mahupun anak angkat”.
Dari definisi di atas
dapat disimpulkan bahawa keluarga adalah lembaga social terkecil yang
sedikitnya terdiri atas suaimi isteri dan anak-anak yang biasanya hidup bersama
dalam suatu tempat tinggal sebagai tahap awak proses sosialisasi dan
perkembangan individu.
Ikatan keluarga akan
menjadi harmoni dan kuat jika memenuhi beberapa hal berikut: Berlakunya “kasih
sayang” antara anggota keluarga dan berfungsinya “perlindungan” dalam keluarga
sehingga dimungkinkan adanya rasa aman yang dirasakan seluruh anggota keluarga.
2.4.4 Tujuan Pendidikan Agama Islam
Keluarga dalam hal ini
orang tua, mempunyai peranan yang sangat penting dan kewajipan yang lebih besar
lagi pendidikan dan mengembangkan peribadi anak. Menjadi anak dan ibu tidak
hanya cukup dengan melahirkan anak kerana yang seperti ini juga dilakukan oleh haiwan.
Kedua orang tua dikatakan memiliki kelayakan menjadi ayah dan ibu manakala
mereka bersungguh-sungguh dalam mendidik anak mereka. Islam menganggap
pendidikan sebagai salah satu hak anak yang jika kedua orang tua melalaikannya
bererti mereka telah menzalimi anaknya dan kelak pada hari kiamat mereka
dimintai pertanggungjawapannya.
Keluarga mempunyai
peranan dalam beberapa hal yaitu:
a.
Peranan keluarga dalam pembinaan mental
agama
b.
Peranan keluarga dalam pendidikan social
agama
c.
Peranan keluaraga dalam pendidikan jasmani
kesihatan
d.
Peranan keluarga dalam pendidikan akhalak
Peranan keluarga tidak
terlepas dari tugas dan tanggungjawab keluarga dalam mendidik anak tersebut,
bagi keluarga muslim secara tegas telah diperintahkan Allah dalam Al-Quran
dalam surah At-Tahrim (66):6.
Ertinya
: “Hai orang-orang beriman, pelharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang
kasar, keras dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya
kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
Perintah Allah swt ini
tepat sekali kerana menurut ilmu pendidikan orang tua pmempunyai kedudukan yang
strategik yaitu sebagai pendidik pertama dan utama. Di samping itu secara
kudrat, anak hidupnya sangat tergantung kepada ke dua orang tuanya guna
memperoleh kesejahteraan hidupnya. Lagi pula anak itu hakikatnya adalah amanat
Allah kerana itu orang tua wajib memelihara dan mendidiknya dengan baik.
Sebagaimana telah
disebutkan di atas bahawa keluarga merupakan lingkungan pendidikan pertama dan
utama maka keluargalah yang menjadi pokok dalam mempengaruhi pendidikan
seseorang. Di dalam keluarga inilah keyakinan agama, nilai budaya, nilai akhlak
dan keterampilan diberikan pada anak sendiri dan orang tua yang menjadi
penanggungjawabnya. Hanya kerana keterbatasan kemampuan orang tua, maka perlu
bantuan dari orang yang mampu dan mahu membantu mereka dalam pendidikan
anak-anaknya, terutama dalam mengajarkan berbagai macam ilmu dan keterampilan
yang selalu berkembang. Oleh kerana itu orang tua dalam keluarga berkedudukan sebagai
guru (penuntun) sebagai pengajar dan sebagai pemimpin pekerjaan (pemberi
contoh).
Islam juga telah
menetapkan bahawa keluarga itu penting sekali baik dilihat menurut pandangan
individu mahupun menurut pandangan masyarakat. Menurut pandangan individu, keluarga
merupakan symbol bagi ciri-ciri yang mulia seperti keimanan yang teguh kepada
Allah swt, kesediaan berkorban untuk kebaikan, kesetiaan dan nilai-nilai mulia
lainnya yang dengannya keluarga dapat menolong individu untuk menanamkannya
kepada dirinya.
Sedangkan menurut
pandangan masyarakat, keluarga merupakan institusi social yang utama melalui
individu-individu dipersiapkan dan nilai-nilai kebudayaan, kebiasaan dan
tradisinya dipelihara kelanjutannya dan melalui dia juga kebudayaan dipindahkan
dari generasi ke generasi berikutnya. Dengan demikian yang diwarisi oleh
anak-anak dari orang tuanya bukan hanya berupa harta benda tetapi juga
nilai-nilai yang bermanfaat dalam kehidupan.
Keluarga juga merupakan
akar bagi terbentuknya masyarakat, bangsa dan bahkan sebuah peradaban.
Kesinambungan dalam suatu masyarakat atau bangsa dapat mempergaruhi
keseimbangan keluarga-keluarga yang menjadi anggotanya. Jika keseimbangan
keluarga da dalam sebuah masyarakat itu baik, akan baiklah masyarakat itu
begitu pula sebaliknya.
Demikian pentingnya
peranan yang harus dimainkan orang tua (keluarga) dalam pendidik anak, maka
dalam pendidikan disebutkan bahawa orang tua adalah pemegang pihak berkuasa
pendidikan anak di dalam lingkungan keluarga, mereka diberi tanggungjawab besar
dan berkewajipan secara moral atas perkembangan peribadi anaknya.
Pendidikan agama dalam
Islam dalam keluarga yang diberikan kepada anak harus memenuhi konsep dasar
pendidikan Islam yaitu:
1.
Tauhid serta pengertian tentang hakikatnya
yaitu tentang sifat-sifat Allah serta tanda-tanda kekuasaan-Nya perlu
ditanamkan pada generasi keluarga Muslim sesuai dengan tingkatan usianya.
2.
Pendidikan akhlak yaitu perintah-perintah
dan larangan-larangan Allah dalam mengatur hubungan bermasyarakat. Manusia
disebut berakhlak mulia apabila segala tindakannya sesuai dengan segala
perintah dan larangan Allah. (A.Fatah Yasin. 2008. Dimensi-Dimensi Pendidikan Islam.
Yogyakarta. UIN Malang Press.)
Menurut
Zakiah DArajat, pendidikan Islam dalam keluarga selama berlangsungnya proses pertumbuhan
dan perkembangan anak menjadi manusia beriman, bertakwa dan berakhlak terpuji.
Makah al tersebut dapat dilakukan dengan berpangkal tolak dari ayat-ayat yang
terdapat di dalam surah Luqman (31);12-19:
Ertinya
: “Dan sesungguhnya telah kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu:
‘Bersyukurlah kepada Allah dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka
sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak
bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji. Dan (ingatlah)
ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
‘Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan
(Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar. Dan kami perintahkan kepada
manusia (berbuak baik) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya
dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan meyapihkan dalam dua tahun.
Bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapamu hanya kepada-Kulah
kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan aku sesuatu
yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu. Maka janganlah kamu mengikuti
keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan
orang yang kembali kepada-Ku kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu maka
Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Luqman berkata):’Hai
anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada
dalam batu atau di langit atai di dalam bumi, miscaya Allah akan
mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah MAha HAlus lagi Maha
Mengetahui. Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan
yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah
terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal0hal
yang diwajibkan (oleh Allah). Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari
manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan
diri. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara keledai.”
Dari ayat-ayat tersebut
terdapat beberapa aspek pendidikan yang dilakukan oleh Luqman terhadap
puteranya yang dapat dijadikan contoh oleh para orang tua yaitu:-
a.
Pembinaan akhlak (ayat 14,15,18 & 19)
Akhlak
adalah implementasi dari iman dalam segala bentuk perilaku. Di antara contoh
akhalak yang diajarkan oleh Luqman kepada anaknya adalah: Akhlak anak terhadap
kedua ibu bapa, terhadap orang lain, dan akhlak dalam penampilan diri.
b.
Pembinaan ibadah dan agama (ayat 17)
Luqman
menyuruh anaknya solat. Untuk melaksanakan perintah tersebut bagi anak-anak
adalah dengan mengajak dan membimbang mereka untuk melakukan solat. Jika
anak-anak telah telah berbisa solat dalam keluarga maka kebiasaan tersebut akan
terbawa sampai ia dewasa bahkan tua di kemudian hari.
c.
Pembinaan keperibadian dan social anak
(ayat 17 & 19)
Pembentukan
keperibadian berkaitan erat dengan iman dan akhlak. Apabila nilai-nilai agama
banyak masuk ke dalam pembentukan keperibadian seseorangm maka tingkahlaku
tersebut akan banyak diarahkan dan dikendalikan oleh nilai-nilai agama.
Kemudian ditambah ladi dengan unsur akhlak yang mengajak orang untuk berbuat
baik dan menjauhi yang mungkar, serta sifat sabra dalam menghadapi berbagai
musibah dan keadaan. Selanjutnya keperibadian itu hendaknya dihiasi pula dengan
sifat-sifat yang menyenangkan yaitu ramah, rendah diri dan suara lemah lembut
dan menawan.
Untuk aspek yang terakhir
ini, ada yang menyebutkan dengan istilah pendidikan amar ma’ruf nahi munkar
ertinya anak-anak harus bersifat membina bagi perbaikan kehidupan masyarakat.
Dan istilah oendidikan ketabahan dan kesabaran ertinya anak-anak harus sabra,
keduanya ini merupakan sifat yang tidak dapat dipisahkan untuk mencapai segala
sesuatu termasuk di dalam menggapai cita-cita.
Dengan demikian penulis
daoat menyimpulkan bahawa intisari pendidikan Islam dalam keluarga dari nasihat
Luqman adalah tentang pembinaan iman (tauhid), amal soleh (ibadah), akhlak
terpuji dan keperibadian yang sihat, kuat dan penuh kepedulian terhadap
masyarakat. Pendidikan inilah yang dijadikan sebagai dasar pendidikan Islam
bagi para pendidik. Peribadi Luqman sebagai sosok seorang bapa yang terpilih
sebagai teladan bagi anak-anaknya dapat dijadikan contoh oleh para pendidik
termasuk orang tua dalam mendidik anak-anak mereka.
2.4.5 Penanaman Pendidikan Agama Islam dalam Keluarga
Dalam
Islam, rasa agama dimulai sejak pertemuan ibu dan bapa yang membuahkan janin dalam
kandungan yang dimulai dengan doa kepada Allah. Selanjutnya memanjat doa dan
harapan kepada Allah agar janinya kelak lahir dan besar menjadi anak yang
soleh. Dalam hal ini, Allah memberi petunjuk doa yang baik diucupkan yaitu dlam
Surah Ali Imran(3):38.
Ertinya
: “Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhannya seraya kerkata: Ya Tuhanku,
berikanlah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha
Pendengar doa.”
Anak yang soleh merupakan
tujuan pendidikan agama dalam keluarga. Mereka itulah anak yang wajar
dibanggakan kerana mereka dapat mengangkat nama baik orang tuanya dan selalu
mendoakan orang tuanya. Setiap orang senang mempunyai anak yang soleh oleh
kerana itu sepatutnya orang tua dapat mendidik anaknya dengan pendidikan agama
agar menjadi anak yang soleh.
Agama bukan ibadah
sahaja, agama mengatur seluruh segi kehidupan. Semua penampilan ibu dan bapa
dalam kehidupan sehari-hari yang disaksikan dan dialami oleh anak bernafaskan
agama. Di samping latihan dan pembiasaan tentang agama, perlu dilaksanakan
sejak anak masih kecil sesuai pertumbuhan dan perkembangan jiwanya. Apabila
anak tidak mendapatkan pendidikan, latihan dan pembiasaan keagamaan waktu
kecilnya, ia akan besar dengan sikap tidak acuh atau anti agama.
Orang tua yang soleh
merupakan contoh suri teladan yang baik bagi perkembangan k=jiwa anak yang
sedang tumbuh kerana pengaruh mereka sangat besar sekali dalam pendidikan anak.
Apabila orang tua sudah berperilaku dan berakhlak baik, taat kepada Allah serta
memiliki jiwa social maka dalam diri anak pun akan mulai terbentuk dan tumbuh
dalam ketaatan pula dan mengikuti apa yang telah dicontohkan orang tuanya dalam
perilaku mereka sehari-hari.
Adapun penanaman agama
Islam dalam keluarga secara lebih terperinci dapat dilaksanakan melalui cara
sebagai terikut:
(1)
Pembiasaan
Membiasakan
anak-anak membaca atau mengucapkan (dengan menyadari ertinya) seperti
mengucapkan Bismillah sebelum memulai suatu perbuatan. Sebagai ucapan syukur
atas segala hasil dan kenikmatan yang diterima.
(2)
Latihan
Anak
dibiasakan untuk melakukan latihan seperti mengadakan praktek mengerjakan
solat, berwudhu, tayamum, azan, iqamat. Latihan membaca dan melaksanakan
bermacam-macam doa.
(3)
Praktek Lapangan
Megajak
anak untuk membantu melakukan pekerjaan yang berhubungan dengan lingkungan
masysarakat seperti kerja bakti membersihkan tempat-tempat ibadah (musholla dan
masjid). Membantu kegiatan keagamaan seperti pengumpulan/pembagi zakat fitrah,
penyembelihan kurban.
(4)
Persaingan
Menyuruh
anak-anak berikuti perlombaan yang dalam menyongsong Perayaan Hari-hari Besar
Islam seperti azan, memakai busana muslim, mengarang dan melukis.
(5)
Pengembangan bakat
Pengembangan
bakat anak dapat dilakukan dengan berbagai cara. Antaranya anak dapat diajarkan
nyanyian yang berjiwa agama seperti lagu Isra’ Mi’raj, seni kaligrafi seperti
kaligrafi arab.
(6)
Teladan
Keteladanan
dalam pendidikan merupakan metode yang berpengaruh dan terbukti paling berhasil
dalm mempersiapkan dan membentuk aspek, spiritual dan etos social anak. Teladan
yang baik perlu diperlihatkan oleh orang tua dalam mendidik anak-anaknya.
Kerana anak-anak biasanya suka mengidentifikasikan diri kerana kepada orang tua
yang dijadikan sebagai idol yang dicintai.
(7)
Perintah dan Larangan
Contoh
perintah ini dapat berupa menyuruh anak mengerjakan ibadah dan berakhlak yang
terpuji. Adapun conth larangan dapat berupa melarang anak melakukan tingkah
laku yang tidak senonoh dan akhlak tercela.
(8)
Ganjaran dan Hukuman
Ganjaran
dalam oendidikan Islam diperlukan untuk membiasakan anak-anak agar selalu
melaksanakan kebaikan dan menghindarkan diri dari kemungkaran. Adapun metode
hukuman dapat pual dilaksanakan dalam pendidikan Islam selama tidak ada cara
lain untuk memperbaiki kesalahan tetapi haru digunakan dengan sangati
hati-hati.
Orang tua sebagai
pendidik yang baik dalam keluarga tentu akan terus mencari berbagai cara yang
lebih berkesan untuk menanamkan agama Islam kepada anak-naknya serta mencari
kaedah-kaedah pendidikan yang berpengarug dalam mempersiapkan anak secra mental
dan moral, spiritual dan social sehingga anak dapat mencapai kematangan yang
sempurna.
BAB III
PENUTUP
3.1
Kesimpulan
Berdasarkan hasil
penelitian tentang hubungan pendidikan agama Islam dalam keluarga dengan akhlak
anak remaja yang telah dilaksanakan tersebut, maka dapat disimpulkan bahawa
akhlak cukup dipengaruhi oleh pendidikan agama Islam yang mereka terima dari
keluarga (orang tua) di rumah selebihnya ada factor lain yang juga mempengaruhi
akhlak anak remaja. Untuk mengetahui lebih jelas, kesimpulan dari penelitian
ini adalah sebagai berikut.
Akhlak adalah umpama buah bagi pokok
yang hidup subur, tanpa pokok tiadalah buah, begitu juga dengan ibadah. Tanpa
ibadah tiadalah akhlak. Buah yang baik tentunya memerlukan pokok yang hidup
subur, begitu juga dengan akhlak yang luhur tentunya memerlukan ibadah yang
berkualiti dan dikerjakan secara berterusan. Jika ibadah seseorang itu teguh,
teguhlah akhlaknya dan begitulah pula sebaliknya.
Akhlakul
karimah adalah tingkah laku yang terpuji yang merupakan tanda kesempurnaan iman
seseorang kepada Allah swt. Di antaranya yaitu ikhlas, sabar dan istiqamah.
Akhlak
mazmumah ialah perangai atau tingkah laku yang tercermin pada diri manusia yang
tercenderung melekat dalam bentuk yang tidak menyenangkan orang lain. Di
antaranya yaitu sombong, iri hati dan riya.
Akhlak
merupakan suatu perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang
tidak memerlukan daya pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan. Berdasarkan
apa yang telah menjadi pokok bahasan pada materi di atas, maka secara sederhana
dapat di tarik sebuah kesimpulan yaitu ahlak merupakan cerminan dari agama
islam itu sendiri, dimana bila ahlak seorang manusia mencerminkan sebuah
kebaikan, kesucian, kesopanan dan lain sebagainya yang bertujuan menggapai keredhaan
Allah swt. Yang menjadi ukuran baik dan buruk akhlak adalah
syarak, iaitu apa yang diperintahkan oleh syarak, itulah yang baik dan apa yang
dilarang oleh syarak itulah yang buruk. Perkembangan teknologi dapat
mempengaruhi lingkungan serta kebudayaan masyarakat. Apabila dalam lingkungan
masyarakat tersebut tidak memiliki tembok yang kuat, niscaya keruntuhan akhlak
dan morallah yang akan terjadi. Yaitu di mulai dengan hilangnya norma-norma
dalam masyarakat tersebut.
Kerusakan
akhlak pada manusia di sebabkan oleh pengaruh lingkungan yang semakin hari,
semakin kebarat-baratan yang selalu menurut hawa nafsu yang menggebu-gebu dalam
menggapai ataupun meraih sebuah tujuan. Namun dengan adanya pengaruh syaitan
yang sangat kuat dalam diri manusia itu sendiri, yang menjadikan tujuan yang
baik, menjadi merosot kearah keburukan yang menyesatkan kehidupan manusia baik
di dunia maupun akhirat. Untuk itu marilah kita secara sadar dan bersama-sama
menjalankan kaedah dan menguatkan nilai-nilai aqidah Islam dalam jiwa kita dengan
sebaik-baiknya.
Demikian
makalah yang dapat saya sampaikan. Saya berharap semoga makalah ini bermanfaat
bagi kelompok kami dan semua kalangan. Saya menyadari bahawa dalam makalah ini
masih jauh dari kesempurnaan, maka kami mengharapkan kritik, saran dari pembaca
guna pengembangan lebih lanjut makalah ini.
3.2 Saranan
Berdasarkan
kesimpulan di atas, maka penulis memberikan saran-saran sebagai berikut:
a) Kepada orang tua sebagai penanggung jawab pendidikan dalam
keluarga, hendaknya sentiasa memberikan pendidikan dan penanaman agama Islam
kepada anak-anaknya sebaik mungkin, terutama pada pendidikan keimanan (tauhid)
dan akhalak. Orang tua juga sentiasa mengawasi aktiviti anak-anaknya baik di
dalam mahupun di luar rumah. Di samping itu orang tua juga dianjurkan untuk
mencohtohi pendidik Luqman kepada puteranya sebagaimana yang tertera dalam
Al-Quran surah Luqman ayat 12-19 maka diharapkan anak akan tumbuh menjadi
manusia yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
b) Kepada guru bidang pendidikan agama Islam, hendaklah lebih
perhatikan dan mengawasi secara intensif perlakunya, baik dari segi ucapan,
perbuatan mahupun penampilan agar anak remaja terhindar dari hal-hal negatif
yang sekarang ini banyak mereka lihat, dengar bahkan mereka tiru dari berbagai
media elektronik.
c) Kepada pemerintah Islam hendaklah lebih memperhatikan
perkembangan pendidikan yaitu melalui aktiviti pengembangan potensi anak didik
yang dapat membantu terwujudnya manusia yang beriman, bertakwa kepada Allah
swt, berakhlak mulia, berilmu, cakap, kreatif dan menjadi warga negara yang
demokratis serta bertanggungjawab.
RUJUKAN
Al-Quran
al-Karim
Said
Hawwa. 1993. Induk Pensucian Diri.
Singapura. Kerjaya Printing Industries Pte Ltd.
Anwar
Rosihon. 2010. Akhlak Tasawuf.
Bandung. Pustaka Setia.
Yasyin
Sulchan. 1997. Kamus lengkap Bahasa
Indonesia. Surabaya. Amanah.
Prof
Dr Hamka. 1980. Tasawuf, Perkembangan dan
Pemurniannya. Jakarta. Yayasan Nurul Islam.
Ayatollah
Ibrahim Amini. Akhlak Dalam Islam. 05
June 2016. www.ibrahimamini.com/id/node/2113. Dilayari pada 26/11/2016.
Wawan
Beneran. Konsep Akhlak Dalam Islam.
24 Januari 2015.
www.totaltren.com/2015/01/mengenal-konsep-akhlak-dalam-islam.html. Dilayari
pada 27/11/2016.
Try
Gusmawan. Makalah Akhlak Dalam Islam.
20 Oktober 2015.
http://tugaskuliah15.blogspot.sg/2015/10/makalah-akhlak-dalam-islam.html.
Dilayari pada 28/11/2016.
A.Fatah
Yasin. 2008. Dimensi-Dimensi Pendidikan
Islam. Yogyakarta. UIN Malang Press.
Zakiah
Dardjat. 1995. Pendidikan Islam dalam
Keluarga dan Sekolah. Jakarta. Ruhama.
Zahrotun Nihayah. 2006. Psikologi
Perkembangan Tinjauan Psikologi Barat dan Islam. Jakarta. UIN Jakarta
Press.
Yusak Burhanuddin. 1999. Kesehatan Mental. Bandung. Sinar Baru Algensindo.
No comments:
Post a Comment